Powered by Blogger.
Doa kerja kebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا
وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ من سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Thursday, December 16, 2010

Anak Pokok Zaitun

Gambar hiasan.

Rabu pagi. Persiapan dan percubaan baru
mengenai pembiayakan anak pokok zaitun di
Malaysia. Sempat sediakan 15 sampel.

Pokok Zaitun adalah antara tiga tumbuhan
utama untuk Kebun Eksotik Ogos 2011.

Read more...

Monday, December 13, 2010

Panduan Menyemai Parsley

Di sini, di sini, di sini dan di sini.

Read more...

Sunday, December 12, 2010

Biji apa ni ...?

Ini ialah biji buah Pisang Kaki.
Ia akan disimpan hingga akhir Mac 2011.
Insya Allah, ia akan disemai pada awal April 2011.
Pokok Pisang Kaki adalah antara tumbuhan
di Kebun Eksotik, Ogos 2011.

Read more...

Friday, December 10, 2010

Benih Biji Zaitun dari UK

Semalam, benih biji zaitun yang diorder dari UK dah
sampai. Yang diorder dari US entah bila nak tiba.
Pada hal order dari US tu lebih dulu. Mungkin terlalu
jauh. Malah, US lewat sehari dari kita.

Dari 100 biji yang sampai, sebiji sudah dikenalpasti
tak boleh hidup. Kering kecut dan sudah dibuang.
Tinggallah 99 biji. Cantik nombor tu.
Asmaaul-Husna pun 99. Itu petanda baik.

Dari 99 biji yang baki, dua biji dah mechanical injury.
Tak tau boleh selamat atau tidak. Lima biji disyakki
tak cukup syarat untuk bercambah. Kena repair
dengan hormon. Entah jadi entah tidak.

Dari 99 biji yang baki juga, 33 biji sudah diproses untuk
semaian. Jika ada rezeki maka empat atau lima bulan
lagi adalah yang bercambah. Yang 33 ini ikut formula
semaian A. Akan menyusul, besok, 33 biji pula ikut
formula semaian B. Kemudian, 33 biji lagi ikut
formula semaian C.

Read more...

Thursday, December 9, 2010

Exotic dan Crimson

Tengah: Anggur Exotic
Kiri dan kanannya: Anggur Crimson
Untuk Kebun Eksotik pada Ogos 2011.

Read more...

Wednesday, December 8, 2010

Pisang Kaki

Malam tadi ke pasar malam nak beli buah Plum.
Tapi tak ada. Ternampak pisang kaki. Tanya penjual
sama ada seedless atau ada biji. Dia kata yang ini
dari Korea dan ada biji.

Saya beli 4 biji dengan harga RM5.00. Cadang
nak semai biji pisang kaki ini untuk ditanam di
Kebun Eksotik.

Read more...

Saturday, December 4, 2010

Kebun Anggur Saloma-Suhaimi

Tengahari tadi, saya bersama isteri dan Mohd. Akhir
ziarah ke Kebun Anggur Saloma-Suhaimi di Lekir.
Wow, berpuluh jenis anggur di situ. Flame Seedless
dan Exotic pun ada. Hebatnya jenis Exotic,
tanpa prun tapi dia berbuah.

Seronok bertukar fikiran dan pengalaman dengan
mereka. Tak sedar entah berapa jam kami di situ.
Terima kasih Suhaimi dan terima kasih Saloma.
Insya Allah, saya akan ziarah lagi.

Read more...

Friday, December 3, 2010

Benih Pokok Plum

Minggu depan, cadang nak dapatkan benih pokok
Plum sebagai persiapan untuk tanaman di
Kebun Eksotik.

Read more...

Wednesday, December 1, 2010

Tumbuhan Kesihatan

Antara tumbuhan kesihatan yang akan ditanam
di Kebun Eksotik ialah pokok Ketumbar, pokok Parsley
dan pokok Sup. Tiga tumbuhan ini adalah kegunaan
harian saya sejak lebih dari dua bulan yang lalu.
Daun ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dan diminum
airnya segelas pagi dan segelas petang atau pada
bila-bila masa sahaja.

Peringkat pertama latihan untuk Kebun Eksotik,
saya menyemai benih ketumbar kira-kira dua puluh
biji pada petang semalam.

Read more...

Monday, November 29, 2010

Gambar: Nak kenal Betina dan Jantan

Gambar atas: Bunga kiwi betina.
Gambar bawahnya: Bunga kiwi jantan.

Read more...

Taman dalam kebun

ALLAH menyatakan suatu taman yang bermanfaat,
dalam surah Yaasiin (36), ayat 34 & 35, yang
diterjemahkan kira-kira:

"Dan kami telah jadikan pada bumi beberapa taman
yang antaranya daripada pokok kurma dan
pohon anggur; serta kami pancarkan dalamnya
beberapa mata-air. Supaya mereka dapat memakan
dari buahnya dan dari hasil usaha tangan
mereka. Apakah mereka tidak bersyukur."

Kepadatan taman ialah:
1. Pokok kurma (termasuk pokok-pokok berbuah)
2. Pohon anggur (termasuk pohon-pohon menjalar
yang berbuah)
3. Pancaran mata-air (termasuk pengaliran air
atau water features)

Manfaat taman ialah:
1. Sumber makanan dari product dan by-products
2. Mencapai kepuasan lalu bersyukur.

Read more...

Saturday, November 27, 2010

Kalau yang macam ni tak besar belanja

Kalau yang macam ni tak besar belanja ...?

Read more...

Friday, November 26, 2010

Menyemai Anggur Hijau

Hari ini menyemai 17 benih pohon anggur hijau
untuk pengisian Kebun Eksotik tahun 2011.

Read more...

Pembuka selera, pengkuat tenaga batin

Peribahasa Arab mengatakan:
Jika semua isteri tahu khasiat jarjir untuk suami
maka ramailah yang menanamnya di bawah katil.

Dalam minggu ini dua kali saya menyemai ulam
jarjir. Dah dapat 51 rumpun. Insya Allah, saya akan
menyemai lagi beberapa rumpun. Tujuannya bukan
sekadar untuk dibuat ulam, tetapi juga untuk
diperbanyakkan benih.

Jarjir 1, Jarjir 2 dan Jarjir 3.

Read more...

Thursday, November 25, 2010

Epal Granny Smith

Pagi ini mendapatkan benih biji epal Granny Smith.
Dua epal dapat 12 benih biji (gambar atas sekali).

Biji-biji tersebut dibersihkan lendirnya.
Kemudian, dibalut dengan kapas dan dilembabkan
dengan hormon GA.

Pokok epal dari benih biji tidak akan atau
lambat berbuah jika tidak melalui proses
florigenisasi sebelum disemai.

Yang akan ditanam di Kebun Eksotik hanya
dua pokok atau maksimum empat
pokok sahaja.

Read more...

Wednesday, November 24, 2010

Menyemai Benih Abiu

Petang ini menyemai 10 biji buah Abiu. Kalau ikut
kaedah asal, biji-biji Abiu yang kering selama dua
hari atau lebih dah tak boleh tumbuh. Yang saya
semai ini sudah kering lebih dari tiga bulan.
Tapi, saya dah rendam dalam hormon GA
selama 24 jam. Mudah-mudahan
ia akan tumbuh.

Read more...

Saturday, November 20, 2010

Idea Tempat Berteduh

Gambar atas benar-benar memberi idea
kepada saya mengenai pembinaan pondok berteduh
di Kebun Eksotik.

Insya Allah, saya akan bina suatu pondok berteduh
yang berbumbung dan berdindingkan pohon-pohon
anggur dari jenis-jenis yang baik.
Boleh juga jadi tempat lepak.

Read more...

Pokok Sutera sebagai Pagar Hadapan

  Pagar hadapan Kebun Eksotik yang dirancang ialah
pokok-pokok Sutera (Mulberry). Manakala pagar
sebelah kanan pula ialah pokok-pokok pisang.

Walaupun ia menjadi pokok-pokok pagar tetapi
mendatangkan hasil serta manfaat.

Read more...

Tuesday, November 16, 2010

Tumbuhan Dapur dan Kesihatan

Secara atas kertas, Tumbuhan Dapur dan Kesihatan
akan ditanam pada sudut yang keluasannya
kira-kira 15' x 330'.
 
Tumbuhan dapur ialah seperti serai, pandan, halia
dan kunyit. Manakala tumbuhan kesihatan pula
ialah seperti ulam, sayuran dan herba, yang berasal
dari dalam dan luar negara.

Read more...

Monday, November 15, 2010

Tapak Kebun

Ahad, 14 Nov. 2010, tengahari balik kampung ziarah
ayah dan makcik. Dalam perjalanan singgah sebentar
tengok tapak Kebun Eksotik yang akan
dibangunkan pada Ogos 2011.

Tanah kalihatan masih subur. Kalau ikutkan nafsu
dan semangat, macam tak sabar menunggu Ogos
2011. Namun, berhati-hati dan teliti merancang adalah
antara faktor sesuatu kejayaan. Persiapan mestilah
rapi dan perkiraan hendaklah menyeluruh.

Read more...

Saturday, November 13, 2010

Benih Pohon Kiwi

Tugas-tugas untuk menjayakan projek
Kebun Eksotik seterusnya ialah mengadakan
benih Pohon Kiwi Madu atau Golden Kiwi.

Dalam bulan November ini sahaja ada empat fasa
menyemai benih pohon tersebut. Fasa pertama telah
dilaksanakan sebentar tadi, jam 11.54pm. Jika
tiada apa-apa aral, insya Allah, besok atau lusa
akan menyusul fasa kedua.

Benih-benih yang bercambah akan diurus
menjadi anak Pohon Kiwi. Sebahagian dari anak
pohon tersebut akan diasing hingga stabil, besar dan
matang. Kemudian akan ditanam atas Kebun Eksotik.

Sebahagian yang lain akan diurus untuk pasaran.
Hasil dari jualan anak pohon kiwi ini akan menjadi
sebahagian dana membangunkan kebun.

Read more...

Friday, November 12, 2010

Benih Pokok Zaitun

Langkah pertama untuk menanam Pokok Zaitun
di Kebun Eksotik dalam bulan Ogos 2011 ialah
mendapatkan benih yang baik lagi terlatih.
Oleh itu, pada 8 Nov. yang lalu saya telah mengirim
sejumlah wang ke US untuk mendapatkan 100 benih.
Kemudian, pada 10 Nov. saya mengirim sejumlah
wang ke UK untuk mendapatkan 100 benih lagi.

Insya Allah, bila sampai benih-benih tersebut,
saya akan melatihnya supaya sesuai 100% dengan
iklim serta keadaan tempatan.

Latihan itu mengambil masa antara
60 hingga 70 hari. Beberapa elemen iklim
dan suasana US dan UK akan diubah kepada
iklim dan suasana tempatan Negeri Selangor.
Mudah-mudahan sempat dipindahtanam ke
Kebun Eksotik dalam tahun 2011.

Read more...

Thursday, November 11, 2010

Kenapa Bulan Ogos 2011 ...?

Projek Kebun Eksotik akan dilaksanakan mulai
dalam bulan Ogos 2011. Kenapa ...?

1. Tanah kebun tersebut masih disewakan kepada
seorang pekebun sayur. Apa-apa urusan untuk
melanjutkan, membatalkan atau membuat pindaan
sewaan adalah dalam bulan Ogos.

2. Dari sekarang hingga Ogos 2011 saya sempat membuat
jimatan atau tabungan untuk projek tersebut. Saya tidak
mahu berhutang. Jika ada mana-mana pihak nak beri
bantuan atau nak berkongsi projek, itu cerita lain.

3. Projek ini hanya aktiviti riyadah sambil-sambil berehat
dan sikit-sikit berniaga, iaitu berniaga anak tumbuhan
yang ditanam. Insya Allah, saya akan berniaga
anak pohon kiwi, pohon anggur, pokok epal
 dan sebagainya.

4. Dalam masa lapan bulan ini saya sempat menyemai
benih tumbuh-tumbuhan yang telah disenaraikan.
Sekarang ini, yang ada hanya pohon-pohon anggur
dan kiwi sahaja.

Begitulah ceritanya ......

Read more...

Kebun Eksotik

Kebun Eksotik yang dimaksudkan ialah
sebidang tanah seluas dua ekar yang tertanam
di atasnya:

1. Tumbuhan Utama: Pohon kiwi, pohon anggur
dan pokok zaitun.
2. Tumbuhan Dekorasi: Tumbuhan temperate seperti
epal, pear, plum dan peach.
3. Tumbuhan Tradisi: Tumbuhan dapur dan kesihatan.

Semua tumbuhan utama dan dekorasi yang akan ditanam
adalah hasil dari penyelidikan sendiri yang memakan masa
lebih dari 15 tahun. Anak tumbuhan-tumbuhan
tersebut akan dipasarkan.

Projek ini akan dilaksanakan, insya Allah, mulai dalam
bulan Ogos 2011. Peringkat permulaan hanya pada
keluasan suku ekar sahaja.

K'Eksotik.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP