Powered by Blogger.
Doa kerja kebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا
وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ من سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Friday, December 10, 2010

Benih Biji Zaitun dari UK

Semalam, benih biji zaitun yang diorder dari UK dah
sampai. Yang diorder dari US entah bila nak tiba.
Pada hal order dari US tu lebih dulu. Mungkin terlalu
jauh. Malah, US lewat sehari dari kita.

Dari 100 biji yang sampai, sebiji sudah dikenalpasti
tak boleh hidup. Kering kecut dan sudah dibuang.
Tinggallah 99 biji. Cantik nombor tu.
Asmaaul-Husna pun 99. Itu petanda baik.

Dari 99 biji yang baki, dua biji dah mechanical injury.
Tak tau boleh selamat atau tidak. Lima biji disyakki
tak cukup syarat untuk bercambah. Kena repair
dengan hormon. Entah jadi entah tidak.

Dari 99 biji yang baki juga, 33 biji sudah diproses untuk
semaian. Jika ada rezeki maka empat atau lima bulan
lagi adalah yang bercambah. Yang 33 ini ikut formula
semaian A. Akan menyusul, besok, 33 biji pula ikut
formula semaian B. Kemudian, 33 biji lagi ikut
formula semaian C.

4 comments:

Umar Lahmi December 11, 2010 at 9:26 PM  

As salam Dr. Saya berminat dengan cara2 penanaman pokok zaitun ni, dah lama saya berangan nak cuba menyemainye cuma x tau mana nak dptkn sumber benih@anak pokok. Bagaimana perkembangan pokok zaitun Dr. tu sekarang? dh ada anak2 pokok yg boleh dijual? Saya amat berminat.

K'Eksotik48 December 12, 2010 at 8:37 PM  

W'salam Umar,
Buat masa ini, anak pokok zaitun untuk kebun sendiri sahaja.

Sirodh April 5, 2011 at 11:46 AM  

as salam dr,

jika ade anak2 pokok zaitun utk dijual, maklumkan pada saya juga

HargaRumahTerkini December 17, 2011 at 5:44 PM  

assalamualaikum dr,
bagaimana nk mendapatkan biji benih buah zaitun tu dari UK... bleh dr terangkan. tq

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP